Sekilas....DIET

Salam Alls..Anyoung..
Apa yang anda semua fikir tentang perkataan diet??
Adakah diet bermaksud anda langsung tidak makan nasi..skip waktu makan..banyaknya mungkin berpendapat begitu tapi tahukah anda sebenarnya ia sama sekali tidak begitu..diet ini lebih kepada gizi harian yang perlu diambil mengikut kumpulan makanan..pengambilan makanan yang mengikut nisbah dan kumpulan yang betul akan membolehkan seseorang itu mendapat diet yang seimbang dimana ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Dalam diet harian sehari tiada istilah skip meal…tetapi sebaliknya setiap waktu makan perlulah diambil tetapi dalam kuantiti yang sedikit..jika kita betul2 mengamalkan diet yang betul banyak masalah berkaitan dengan berat badan & kesihatan kita dapat diatasi..tetapi ia perlulah dilakukan berterusan tanpa rasa putus asa dan juga diiringi dengan senaman yang perlu dipraktikkan supaya dapat memberikan hasil yang diingini..disini ingin saya kongsikan beberapa perkara mengenai diet yang telah dipetik dari sebuah majalah..
*
*
*
KENALI PERUT..apa yang perlu anda lakukan untuk diet ialah kenali perut, ambil makanan secara berpatutan dan kekalkan paras tenaga sepanjang hari.
MENGAMALKAN PRODUK RENDAH LEMAK..sebenarnya mampu meningkatkan berat badan setiap tahun walaupun anda mengamalkan diet rendah lemak.
SEBAIKNYA…amalkan makan malam sebelum jam 7.00..namun jangan tinggalkan waktu makan supaya gula dalam darah anda seimbang.
MINUM LAPAN GELAS AIR MASAK yang disejukkan sehingga 4.5darjah selsius dalam sehari akan membakar 200 kalori sama seperti berlari 4.8km.
TEH HIJAU..membolehkan makanan bergerak lebih cepat melalui system pencernaan, mempercepatkan metabolisme dan membakar kalori lebih banyak.
SEDIKIT PENGAMBILAN LIMAU ATAU CUKA sudah cukup untuk memperlambatkan rasa lapar.
SEGALA JENIS LADA DAN CILI yang berbentuk serbuk dapat meningkatkan suhu badan sehingga membakar kalori.
HALIA MENINGKATKAN METABOLISME meningkatkan suhu badan dan merangsang pembakaran lemak dalam badan.
UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN PROTEIN yang diperlukan oleh badan, gantikan daging merah dengan dua gelas yogurt rendah lemak, sebiji telur, keju rendah lemak, tauhu dan susu skim.
LETAKKAN SUDU DAN GARFU KETIKA MENGUNYAH..jika anda makan dengan tangan , jangan mengambil makanan terlebih dahulu..ia hanya akan membuatkan anda mahu menyumbat makanan tersebut ke dalam mulut.
JIKA ANDA MENDAMBAKAN BENTUK TUBUH YANG IDEAL..kurangkan jumlah kalori dalam diet dan catat pengambilan gizi kerana ia merupakan perkara paling penting.
MENURUT KAJIAN THE AMERICAN INSTITUTE OF CANCER RESEARCH, sarapan akan meningkatkan metabolism dan mempercepatkan pembakaran kalori.
SEBUAH KAJIAN YANG DILAKUKAN oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Minnesota menunjukkan perkahwinan mendorong seseorang itu untuk naik berat badan.
KAJIAN OLEH AMERICAN DIETETIC ASSOCIATION menunjukkan pengambilan minuman soda secara kerap boleh menaikkan berat badan sehingga 65 peratus.
Happy Reading! :)
===========================================================

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kebaikan MEALSHAKE untuk kanak kanak

PERTH ROAD TRIP - 7D 6N (12 MAY - 18 MAY 2016) CARAVAN KE PERTH AUSTRALIA