Bank Negara Malaysia semak semula kadar inflasi..

Assalamualaikum Semua..

Inflasi...saya yakin anda semua mesti pernah mendengar perkataan ini..


Kadar Inflasi di Malaysia semakin membimbangkan


Penurunan dalam kuasa beli wang


Berdasarkan wikipedia..Inflasi dalam ekonomi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari masa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan.


Menurut berita yang dipetik dari harian metro 24/05/2011....


BANK Negara Malaysia (BNM) akan menyemak semula unjuran inflasinya tahun ini sekiranya harga barang kawalan seperti bahan api dan elektrik meningkat lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, bank pusat mengambil kira beberapa kenaikan unjuran semasa antara kadar purata 3.0 dan 3.5 peratus bagi tahun itu.


“Jika ia lebih daripada apa yang kami ambil kira, ia (unjuran) mungkin dinaikkan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama di Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata, kenaikan kos bahan api boleh menjejaskan permintaan domestik kerana ia akan membawa kepada kos pelaburan dan penggunaan tinggi apabila jumlah yang besar perlu dibelanjakan bagi bahan api serta makanan.

“Justeru, ini akan menyebabkan pendapatan kurang bagi perbelanjaan budi bicara. Bagaimanapun, kita bergerak ke arah penjimatan serta peningkatan kecekapan dan jika kita melaksanakan semua langkah ini, ia akan menyokong pelaburan pada masa depan,” katanya. Selain itu, Zeti berkata ekonomi negara berada di kedudukan lebih baik untuk menyerap kos bahan api tinggi berbanding sebelumnya. “Ekonomi negara lebih pelbagai sekarang dan kesannya agak kurang berbanding 2008 apabila harga minyak meningkat kepada RM441 setong (AS$147),” katanya.


Sementara itu, BNM dalam kenyataan semalam mengumumkan akan mengeluarkan reka bentuk siri baru wang kertas dan duit syiling bagi edaran tahun depan bercirikan khusus bagi Malaysia serta mempunyai keselamatan lebih canggih bersandarkan kemajuan teknologi wang kertas terbaru.


BNM berkata, reka bentuk wang kertas bagi siri keempat itu adalah untuk denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala reka bentuk wang kertas RM50 yang dikeluarkan pada Disember 2007 akan terus dikekalkan dalam edaran.

“Duit kertas dan syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen akan mempunyai bentuk baru ini bakal berada dalam edaran bersama siri sedia ada sehingga siri lama dikeluarkan beransur-ansur daripada edaran,” katanya.

======================================

Comments

  1. Minyak naik, semua barang naik sama. Gaji je yang tak naik2.. :(

    ReplyDelete
  2. tu la psl..rs tertekan dengan bende2 yg mcm ni...gj still mcm tu..duit RM 50 cm xde nilai je..sekejap je bleh abih skg ni..:(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kebaikan MEALSHAKE untuk kanak kanak

PERTH ROAD TRIP - 7D 6N (12 MAY - 18 MAY 2016) CARAVAN KE PERTH AUSTRALIA