Daging Lembu vs Daging Khinzir

5 Cara Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir!


Di zaman zaman sekarang ini penting untuk kita mengetahui cara untuk membezakan sesuatu. Dan mencari yg halal itu wajib bagi umat Islam. Terdapat beberapa perbezaan asas antara daging lembu dan daging babi dan ianya agak mudah untuk kita bezakan jika kita tahu bagaimana caranya.

Menurut Dr. Ir Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu Dan Pangan, IPB di Indonesia mengatakan bahwa melalui mata kasar terdapat 5 aspek yang boleh di ambil kira lantas membantu kita untuk membezakannya iaitu warna, serat,lemak, aroma dan tekstur.


1) Warna


Jika di lihat (gambar), warna daging babi lebih pucat berbanding daging lembu. Warna daging babi seolah seolah warna daging ayam. Namun, ini tidak boleh di jadikan panduan semata mata dalam membezakan daging babi, kerana daging babi sering belumuran dengan darah dan ianya mirip dengan daging lembu.


2) Serat Daging


Perbezaan kelihatan jelas di antara kedua dua daging. Pada daging lembu, serat serat daging kelihatan padat dan garis garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi , serat seratnya tidak jelas kelihatan dan serat serat itu berada dalam kedudukan rengang. Perbezaan ini makin jelas, apabila kedua dua daging di renggangkan seperti di dalam gambar.


Perbezaan dapat dilihat dari segi keanjalan lemak tersebut. Lemak daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik. Manakala, lemak daging lembu, lebih pejal, kaku dan mempunyai bentuk. Selain itu, lemak daging babi lebih lembap dan sukar untuk di asingkan dari dagingnya semantara lemak daging lembu, lebih kering dan berserat.


3) Tekstur


Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih padat dan pejal berbanding daging babi yang lembik dan mudah untuk di regangkan. Melalui perbezaan ini, sebenarnya waktu memegangnya pun kita dah boleh terasa perbezaan yang ketara kerana daging babi lebih kenyal dan mudah untuk kita regangkan. Manakala, daging lembu terasa cukup solid dan keras dan sukar untuk kita regangkan.


4) Aroma

Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan kerana daging babi mempunya aroma tersendiri manakala daging lembu berbau lebih hanyir. Dari segi aroma inilah, perkara paling penting untuk kita membezakannya, kerana walaupun warnanya sudah di tukar dan dicampur kedua dua daging ini, namun aromanya tetap boleh membezakan kedua dua daging ini.

Panduan panduan ini penting untuk kita tahu. Dan di harapkan panduan panduan ini dapat membantu pembaca pembaca selangor2u.com dalam mencari yang halal. Kerana mencari yang halal itu wajib!

Comments

Popular posts from this blog

15 Kebaikan MEALSHAKE untuk kanak kanak

PERTH ROAD TRIP - 7D 6N (12 MAY - 18 MAY 2016) CARAVAN KE PERTH AUSTRALIA