Awas !! Secret Recipe


Assalamualaikum Semua..

Bila sebut Secret Recipe mesti semua orang tahu & kenalkan? Baru-baru ini kecoh mengenai Kek Secret Recipe yang mengandungi DNA Khinzir. Ramai yang menjadi penggemar kek dari Secret Recipe ini..Di sini saya kongsikan maklumat yang saya terima dari emel untuk makluman kita bersama..

Berhati-hatilah apabila membeli kek dimana-mana kedai walaupun mempunyai logo HALAL yang sah. Semua ramuan untuk membuat kek dibeli dari pelbagai pengeluar dan kedai kek hanya menggunakan sahaja. Jika sesuatu bahan ramuan itu tercemar dengan bahan najis seperti mengandungi DNA babi maka sekaligus kek yang dikeluarkan tidak halal dimakan.

Jenama popular dikalangan pembuat kek ialah "Puratos". Dua bahan berjenama Puratos iaitu Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder telah disahkan mengandungi DNA babi oleh Halal Malaysia. Penggunaannya bukan sahaja menyebabkan kek yang dikeluarkan tidak halal malah peralatan yang digunakan perlu disamak, demikian syor yang dikeluarkan oleh Halal Malaysia.

Menurut laman web Halal Malaysia, salah sebuah kedai kek terkemuka, SECRET RECIPIE menunjukkan mereka menggunakan brand Puratos. Bagaimanapun, ramuan yang digunakan bukanlah Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder. Ramuan berjenama PURATOS yang digunakan oleh Secret Recipe yang ditunjukkan dalam laman web Halal Malaysia ialah "TALENTO BROWNIES CONCENTRATE" dan "TALENTO CAKE CONCENTRATE".

Bagaimanapun sebagai langkah selamat, berhati-hatilah.

Laman facebook Secret Recipe telah menafikan bahawa mereka menggunakan bahan ramuan jenama PURATOS yang disahkan mengandungi DNA babi.

Sebagai orang awam, sama-samalah kita berharap supaya supaya perkara ini dapat dijernihkan dengan segera. Pihak berwajib bolehlah menggunakan sebarang peruntukan yang ada bagi menjalankan penyiasatan dan tidak membiarkan perkara ini berpanjangan.

Comments

  1. Semoga kita dihindari dari makanan tidak halal

    ReplyDelete
  2. tu la..perlu berhati-hati dalam memilih makanan..risau sbb jadi darah daging..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kebaikan MEALSHAKE untuk kanak kanak

PERTH ROAD TRIP - 7D 6N (12 MAY - 18 MAY 2016) CARAVAN KE PERTH AUSTRALIA