Isu Kesihatan Melanda Wanita Seperti Kamu..

Salam Alls..Anyoung..

Jika anda wanita..anda perlu teruskan membaca..

Wanita muda, secara umumnya dikategorikan dalam kumpulan sihat. Itu berita baik tapi nanti dulu!! Ada juga kelemahan…ia menyumbang kepada satu perasaan selamat “palsu” terhadap wanita lingkungan usia 20an ke 30an yang rasakan dirinya serba tahu. Dan sikap cepat berasa puas terhadap tahap kesihatan diri sendiri boleh menjurus kepada masalah.

Menurut pakar kesihatan, wanita muda hari ini bersikap sambil lewa mengenai kesihatan dan kerap mengambil risiko berpotensi jadi bahaya..seperti tabiat pemakanan buruk, seks rambang dan terlalu bebankan diri dengan banyak tanggungjawab sosial & kerja.

Dan mereka menerima padahnya..ramai wanita muda bersifat enggan terima kenyataan. Mereka tak pernah terfikir akan dijangkiti penyakit kelamin, hamil luar nikah atau jatuh sakit.

Berdasarkan kajian beberapa krisis kesihatan paling berat & sering dihadapi wanita muda telah disenaraikan iaitu:


KRISIS KESIHATAN 1

Corak Pemakanan Tak Menentu

Kira – kira 4% wanita menderita tabiat pemakanan tak betul secara klinikal seperti anoreksia dan bulimia. Namun, masih ada berjuta lagi berdepan masalah makanan kurang popular yang baru baru ini dikategorikan sebagai eating disorder. Tabiat pemakanan tidak sihat dan tak menentu yang boleh menyebabkan kekurangan vitamin dan merendahkan sistem imunisasi serta boleh akibatkan penyakit biasa mendatangkan maut.

Ada kalangan pemakan sebegini tidak mengambil langsung satu kumpulan makanan. Misalnya susu atau makanan dimasak, kononnya untuk mencantas kalori. Sesetengah tak makan kerana nak lebihkan kalori pada arak (drunk-orexia) . Manakala ada wanita sanggup kira setiap kalori dan tetapkan had setiap hari bagi kekalkan fungsi utama tubuh.

Info : wanita muda harus ambil sekurang-kurangnya 1,800 kalori sehari


KRISIS KESIHATAN 2

Stress Terlalu Teruk


Stress..(pic dari google image)

“Wanita muda hari ini lebih ‘over’ berbanding dulu. Mereka ada kerjaya dan kehidupan sosial padat ditambah dengan serangan telefon bimbit, emel dan SMS…mereka tidak sedar keadaan kucar kacir ini tak normal..Patutlah jumlah penghidap stress terlampau tinggi..asyik bimbang, terlalu letih dan insomnia kerana tahap adrenalin meningkat sehingga tak berupaya merehatkan otak malam hari.

Wanita muda lebih senang mengalami stress berbanding lelaki. Mereka fikir hal paras rupa, teman lelaki, duit…tapi lelaki lebih bersedia mendepaninya…

Kekal sihat dengan…kurangkan aktiviti padat dan bekerja secara solo untuk meraih ketenangan. Ia akan membantu kamu bertenaga semula dan redakan kebimbangan. Satu cara lebih ringkas untuk kurangkan stress ialah memutuskan segala bentuk hubungan sejam atau 2 jam dalam sehari. Orang paling sibuk pun boleh teruskan hidup tanpa telefon bimbit, SMS, Facebook untuk seketika..”bila gadget kamu ditutup, kamu pun off juga”..ia mampu memberi kesan menakjubkan pada tahap stress kamu..kata seorang professor psikiatri.


KRISIS KESIHATAN 3

Kemurungan

kemurungan.. (pic dari google image)

20% daripada kalangan wanita boleh berdepan dengan masalah ketidakstabilan emosi ini pada satu peringkat dalam hidup mereka. Ia biasa berlaku ketika lingkungan usia 20an.

‘Selepas tinggalkan kolej/universiti dan mula bekerja..ramai wanita jadi sepi dan tiada sokongan yang kukuh. Ia sukar dan menakutkan…’Terlalu banyak ketidakpastian dalam banyak perkara’..misalnya kerja & cinta yang mudah mencetuskan rasa putus asa & pesimis mengenai masa depan.

Faktor biologi mungkin patut dipersalahkan juga…kandungan estrogen berubah-ubah dengan kerap dalam pusingan haid..ia menyebabkan mood kamu turun naik.

Kekal sihat dengan..mengamalkan gaya pemakanan sihat & tabiat tidur yang teratur..jangan sesekali rasa rendah diri sebaliknya perlu meningkat keyakinan diri..cuba untuk lebih bersosial bersama teman2 dan elakkan menyendiri..exercise untuk tingkatkan tahap kesihatan badan..


Happy Reading!

============================================================

Comments

Popular posts from this blog

15 Kebaikan MEALSHAKE untuk kanak kanak

PERTH ROAD TRIP - 7D 6N (12 MAY - 18 MAY 2016) CARAVAN KE PERTH AUSTRALIA