Sebab wanita lebih cepat nampak tua..


Assalamualaikum Semua…

Hari ini saya nak kongsikan emel yang telah menarik perhatian saya & ingin saya kongsikan untuk bacaan anda juga…


gambar sekadar hiasan


Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk…Tapi tahukah anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk..tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis..So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan xsempat nak hadam betul2..

2. Wanita juga mudah gemul kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pula..sayang katanya..takut membazir..membazir tukan amalan syaitan..Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “awak ni kuat makan betul!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. Kalau yang dengar pun buat2 tido lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidonya. Wanita lah yang dalam semalaman, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak…bila xcukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua..kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, ape ke..xkan nak hilangnya..petua untuk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA..

4. Dan bagi wanita yang bekerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya..nak itu, nak ini..So, wanita pun membebel, marah2..dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya…wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI..Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda..Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukannya seperti dia..FIKIR & RENUNG2KAN…

P/S : walaupun saya masih belum berkahwin..tapi dapat rasakan sangat besar pengorbanan seorang wanita dalam sesebuah keluarga..Mak..I love U..:)

=============================================================

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

: : Top 10 Beaches in Asia : :

20 by Rizalman @ Tesco ....grab cepat untuk koleksi raya anda!!

Buku Pink ~ Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung