Cycling @ Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikum Semua..

Pada pagi sabtu 14 Mei 2011 aku & 3 orang lagi kawan telah pergi berbasikal di Taman Botani, Putrajaya..Dah lama niat nak berbasikal sebenarnya akhirnya pergi juga..Awal-awal lagi dah bangun..SEMANGAT sangat tau..

Kami tiba seawal 8 pagi..macam nak pergi kerja kan..tapi sayang nya taman botani masih belum buka pukul 8 pagi..Taman buka pada pukul 9 pagi..terawal sangat la pulak..tapi sebelum ke Taman Botani ni..dalam perjalanan...kami telah terserempak dengan kemalangan yang melibatkan motor..di bulatan putrajaya & lelaki yang accident tu terlentang atas jalanraya..mula-mula kami hanya nampak objek berwarna putih..dan bila semakin dekat rupanya motor yang terbalik...& disebelahnya ada orang yang telah terlentang..kami teragak-agak nak berhenti..si driver dah tak tau nak berhenti ke nak jalan ke...dalam berkira2 akhirnya kami teruskan saja perjalanan...tapi dalam masa yang sama terdapat 2 biji kereta yang nak berhenti di tempat kejadian...

Rasa bersalah terus menyelubungi kami berempat..tak prihatin ke kami? tapi yang pelik nya si motor tu tak tahu berlanggar dengan siapa?..orang langgar lari ke? memandangkan kami berempat perempuan takut pulak ada yang lemah semangat ke...

Setiba nya di Taman Botani..tidak lama kemudian siren ambulans kedengaran untuk ke tempat kejadian..tak tahu samada mangsa hidup @ sebaliknya...Allah Yang Maha Mengetahui..

Setelah itu, baru hati rasa sedikit lega..& kami teruskan aktiviti riadah berbasikal...
Dengan bayaran RM 3.00 Per Hour..kami dapatlah berpusing-pusing sekeliling taman botani...
tapi disebabkan keadaan basikal yang kurang baik dari segi maintenance, keseronokkan berbasikal kurang dirasai..tapi still enjoy juga..

Teringat dulu zaman sekolah pergi sekolah naik basikal...kayuh laju bukan main...
& teringat juga aku duduk di seat belakang & mak yang kayuh basikal untuk menghantar aku ke sekolah..

Satu masa dulu basikal memang menjadi medium pengangkutan yang amat penting bagi aku...
(ishh..terkenang zaman kecik pulak..hehe..)

Jom layan pic yang sempat di snap..





Bende alah sunflower ini akan bergerak ke kiri & ke kanan mengikut yang telah disetkan..mula2 tengok teruja tau..





Posing~~~






Pemandangan tasik putrajaya sepanjang berbasikal...





















Mesti ada orang nak kata.."Ni nak naik basikal ke nak posing"..hehe..






berbasikal lebih kurang dalam 40 minit ade kot..stop sekejap..sambung balik..






rest..berpeluh gak tau











3 sekawan yang sungguh sporting... :)


Selepas habis aktiviti berbasikal ini..kami pun pergi breakfast di presint 15...
Kalau boleh setiap minggu nak beriadah macam ini..
Jom join saya..:)

Happy Reading!
===========================================

Comments

  1. biking....i dont know how to bike..huhuhu :'( how i wish i could..haha

    ReplyDelete
  2. memang harga berpatutan, lama betul tak naik basikal ni

    ReplyDelete
  3. ti skali skala naik memang best..klu jadikan aktiviti riadah hujung minggu pun bagus..

    ReplyDelete
  4. g la taman botani tu..pemandangan cantik tau..:)

    ReplyDelete
  5. menarik ja...suasana putrajaya yang tenang =)


    pertama kali ke sini, follow sini =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

: : Top 10 Beaches in Asia : :

20 by Rizalman @ Tesco ....grab cepat untuk koleksi raya anda!!

Buku Pink ~ Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung