Daging Lembu vs Daging Khinzir
5 Cara Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir!
Di zaman zaman sekarang ini penting untuk kita
mengetahui cara untuk membezakan sesuatu. Dan mencari yg halal itu wajib bagi
umat Islam. Terdapat beberapa perbezaan asas antara daging lembu dan daging babi
dan ianya agak mudah untuk kita bezakan jika kita tahu bagaimana caranya.
Menurut Dr. Ir Joko Hermanto, Dekan Jabatan
Ilmu Dan Pangan, IPB di Indonesia mengatakan bahwa melalui mata kasar terdapat 5
aspek yang boleh di ambil kira lantas membantu kita untuk membezakannya iaitu
warna, serat,lemak, aroma dan tekstur.
1) Warna
Jika di lihat (gambar), warna daging babi
lebih pucat berbanding daging lembu. Warna daging babi seolah seolah warna
daging ayam. Namun, ini tidak boleh di jadikan panduan semata mata dalam
membezakan daging babi, kerana daging babi sering belumuran dengan darah dan
ianya mirip dengan daging lembu.
2) Serat Daging
Perbezaan kelihatan jelas di antara kedua dua
daging. Pada daging lembu, serat serat daging kelihatan padat dan garis garis
seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi , serat seratnya tidak
jelas kelihatan dan serat serat itu berada dalam kedudukan rengang. Perbezaan
ini makin jelas, apabila kedua dua daging di renggangkan seperti di dalam
gambar.
Perbezaan dapat dilihat dari segi keanjalan
lemak tersebut. Lemak daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik.
Manakala, lemak daging lembu, lebih pejal, kaku dan mempunyai bentuk. Selain
itu, lemak daging babi lebih lembap dan sukar untuk di asingkan dari dagingnya
semantara lemak daging lembu, lebih kering dan berserat.
3) Tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih
padat dan pejal berbanding daging babi yang lembik dan mudah untuk di regangkan.
Melalui perbezaan ini, sebenarnya waktu memegangnya pun kita dah boleh terasa
perbezaan yang ketara kerana daging babi lebih kenyal dan mudah untuk kita
regangkan. Manakala, daging lembu terasa cukup solid dan keras dan sukar untuk
kita regangkan.
4) Aroma
Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan
kerana daging babi mempunya aroma tersendiri manakala daging lembu berbau lebih
hanyir. Dari segi aroma inilah, perkara paling penting untuk kita membezakannya,
kerana walaupun warnanya sudah di tukar dan dicampur kedua dua daging ini, namun
aromanya tetap boleh membezakan kedua dua daging ini.
Panduan
panduan ini penting untuk kita tahu. Dan di harapkan panduan panduan ini dapat
membantu pembaca pembaca selangor2u.com dalam mencari yang halal. Kerana mencari
yang halal itu wajib!
Comments
Post a Comment