Durian aka Deghoyan ~ Khasiat & Mudaratnya..


10 Fakta Menarik Buah Durian aka Deghoyan







"Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)"

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/07/lirik-durian-dah-berbunga-mr-os.html#ixzz1zcxPiwRA

Lagu nyanyian Mr Os tajuk deghoyan..

Musim durian telah tiba...kalau di Perak lebih dikenali dengan Deghoyan...(loghat bebeno bunyinye kan??)... durian memang terkenal di Malaysia..bila sampai musim durian ni merata-rata jalan raya mesti penuh dengan gerai jalanan yang menjual raja buah ini...ada yang murah ada yang mahal...saiz besar & juga kecil dan juga durian kacukan & durian kampung...tapi bagi saya setiap musimnya saya pasti tidak melepaskan peluang menikmati raja buah ini...sebab rasanya sungguh sedapkn???

Tapi mungkin anda tidak tahu tentang khasiat & mudaratnya durian ini..jadi di sini saya kongsikan beberapa info untuk maklumam anda semua...


:
:
:



1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.



2. Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.



3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus



4. Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)



5. Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.



6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.



7. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)



8. Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.



9. Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.



10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.


Sharing IS Caring!!!

 =================================================================

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kebaikan MEALSHAKE untuk kanak kanak

PERTH ROAD TRIP - 7D 6N (12 MAY - 18 MAY 2016) CARAVAN KE PERTH AUSTRALIA