Tahap adab sopan Malaysia ditempat corot sekali


Salam, hari ini nak kongsikan mengenai tahap adab sopan rakyat Malaysia...


Penilaian terbaru oleh Readers Digest menunjukkan Kuala Lumpur hampir di bahagian bawah senarai Bandar Terkemuka Kurang sopan nombor di 34 daripada 36 bandar-bandar utama di dunia.





Antara yang disenaraikan ialah :

1) Kemalangan setiap tahun adalah berpunca dari memandu dengan tingkah laku agresif and kelakuan yang tidak bertimbang rasa dan berisiko. (saya yakin setiap hari kita akan berjumpa dengan rude driver yang potong Q sesuka hati, menukar lane tanpa bagi signal, keluar dari simpang tanpa tengok kiri kanan, parking tak betul sampai ambil ruang parking bersebelahan yang menyebabkan mungkin sebiji kereta lagi tak muat gara-gara pemandu bengong yang jenis macam ni, kemudian pulak suka drive thru...parking betul-betul depan 7E dan terus tinggalkan kereta kat jalan then siap bershopping bagai kat dalm 7E tu, menyebabkan jalan makin sempit & menyesakkan..sebab dia bajet semua tempat boleh drive thru macam McD)

2) Perbuatan-perbuatan lain yang mementingkan diri sendiri seperti mengabaikan tanda-tanda terhadap merokok, makan dan sampah berselerak, dan bergegas masuk ke lif, kereta api dan bas sebelum membenarkan orang ramai untuk keluar juga tinggi. (Kalau naik public transport kejadian macam ini memang hari-hari berlaku..betul tak?)

3) Etika penggunaan tandas , bercakap dengan kuat di telefon walaupun di pawagam, lewat untuk temu janji, tidak mengucapkan "terima kasih" dan meninggalkan troli di tempat letak kereta adalah tabiat buruk rakyat Malaysia amalkan tanpa rasa malu. (Bab bercakap dengan kuat memang annoying gila la..kalau sebijik - sebijik perbualan antara 2 makhluk tu orang sekelilimg boleh tahu sebabnya tak control langsung suara..cakap macam dia je dalam tempat tu...kalau yang troli tu memang kadang-kadang terkena gak menyebabkan sukar kenderaan lain nak parking sebab dah letak troli dalam parking space tu..)

4) Tidak mengendahkan tanda-tanda yang telah di paparkan seperti smoking area & non smoking area yang menyebabkan golongan yang tidak merokok berasa kurang selesa dengan asap rokok. (Untuk aku yang tak suka asap rokok berkepul-kepul ni memang geram je kalau orang yang merokok tak kira tempat, tak pedulikan orang langsung walaupun orang dah buat muka tak selesa tutup hidung dengan tisu, dah terbatuk-batuk sebab asap tapi perokok tak reti bahasa ni akan buat tak endah je bajet ingat macho sangat...Alhamdullillah aku dikurniakan husband yang tak smoking...syukur sangat..)

5) Penumpang LRT, Komuter, Monorail, etc juga tidak bersedia menawarkan tempat duduk mereka kepada penumpang yang mengandung, cacat atau tua walaupun dah terpampang tanda di setiap coach tren. (Ini memang nya hari-hari aku akan hadap...sekarang aku dah pregnant 6 bulan dan perut pun dah makin nampak ke depan tapi ada juga makhluk-makhluk yang buat-buat buta mata , buta hati ni...contoh macam pagi tadi naik Putra kat masjid jamek, yang si mamat ni naik sama dengan aku kemudian ada seat kosong in the middle, mamat ni pun duduk dan aku berdiri kat depan dia tapi dia boleh buat bodo je sebaliknya amoi sebelah dia yang offer aku seat..aku tengok mamat nya sihat je dan tak kan pagi-pagi dah lemau kot baru je nak mulakan hari...dan yang malangnya lagi mamat tu MELAYU dan yang offer aku seat tu seorang amoi...kalau aku jadi mamat ni serius aku malu gila..)

Kesimpulan nya, makin lama makin pudar adab sopan rakyat Malaysia ni...menjengkelkan sungguh tengok attitude orang yang macam ni setiap hari...jadi rakyat Malaysia sila la menjadi lebih beradap & prihatin dengan orang lain & persekitaran anda...malu la bila dah masuk yang dekat nak tercorot dalam senarai bandar kurang sopan ni...tapi dalam TV penuh dengan iklan BUDI BAHASA AMALAN KITA ...tapi berbudi bahasakah kita???

berita dipetik dari The Star Online

sharing IS caring!!


Comments

Popular posts from this blog

: : Top 10 Beaches in Asia : :

20 by Rizalman @ Tesco ....grab cepat untuk koleksi raya anda!!

Cycling @ Taman Botani Putrajaya