Keprihatinan Pengguna LRT, komuter & sewaktu dengannya...

Salam semua,

Apa khabar semua..arini nak coretkan tentang keprihatinan pengguna LRT, komuter, etc dan siapa yang lebih berhak untuk duduk kat seat-seat yang ada dalam LRT tu...isu ni sebenarnya dah lama dibahaskan & dibincangkan dalam blog-blog juga iklan dalam tv pun ada untuk highlight tentang perlunya bersifat prihatin bila nak naik LRT ni...


Signboard ni dah cukup jelas & mudah untuk difahami


Sebenarnya saya sudah berkali-kali melihat gelagat manusia yang sememangnya seperti tidak mengendahkan kehadiran orang yang lebih layak untuk mendapat tempat duduk...bila dah nampak preggy ladies dah memboyot sanggup la palingkan muka ke arah lain, buat-buat tido, buat-buat leka main hp, note, ipad..saja buat-buat xnampak dan sengaja membutakan mata tu dari memandang supaya tak payah la nak susah-susah bangun untuk offer seat tu kepada yang lebih memerlukan..pandai berlakon sungguh kan??



Sama la keadaannya dengan orang tua, parent yang bawak anak-anak pun selalunya tidak diendahkan...sampai satu tahap saya berfikir sendiri teruk sangatla tahap prihatin penguna LRT ni atau sememangnya rakyat Malaysia itu sendiri sudah hilang keprihatinan mereka & dah tak reti nak berfikir logik lagi....salah siapa agaknya semua ini?? salah didikan ke? salah pendidikan ke? sebab mungkin kurang bagi didikan moral kepada mereka sejak kecil lagi ataupun sememangnya masing-masing dah bersarang sifat pentingkan diri dan tidak fikir tentang orang lain langsung..hanya fikir keselesaan diri sendiri sahaja..

Kalau yang buat tak endah tu seorang lelaki...aku selalu fikir macam la bini, adik, kakak atau anak dia tak kan nak mengandung satu masa nanti..kalau orang buat tak kisah je...ataupun kalau yang buat tak endah tu perempuan macam la diri sendiri tu satu hari nanti tak nak mengandung dan tak plan nak mengandung langsung...apapun tepuk dada tanya hati...anda sepatutnya lebih tahu membezakan yang baik & yang buruk...:)

==============================================================


Comments

Popular posts from this blog

: : Top 10 Beaches in Asia : :

20 by Rizalman @ Tesco ....grab cepat untuk koleksi raya anda!!

Buku Pink ~ Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung