Petua Merawat Senggugut


Salam semua...kepada wanita - wanita yang selalu berhadapan dengan masalah senggugut setiap kali datangnya period...meh baca kat sini petua merawat senggugut...mungkin mengambil sedikit masa anda untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan tapi mana tau usaha anda ini dapat melenyapkan sakit senggugut dalam kamus hidup anda...setakat ini, Alhamdulillah saya tidak lah pernah menghadapi senggugut ini yang tahap sampai tak boleh buat kerja, dapat kerja ataupun kena ambil MC setiap kali period...minta la dijauhkan ye...takut pulak nanti hormon bertukar lepas bersalin ni tiba-tiba dapat sakit senggugut pulak ke...minta dijauhkan dari semua ini...so mari baca petua nya ye...manfaat kan ye...:)




Petua 1 : 

Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : 

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 : 

Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 : 

Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab.

Petua 5 : 

Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 :
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Cuba la ye...

SHARING is CARING

Comments

Popular posts from this blog

: : Top 10 Beaches in Asia : :

20 by Rizalman @ Tesco ....grab cepat untuk koleksi raya anda!!

Cycling @ Taman Botani Putrajaya